Hai Assalamualaikum semua, bertemu lagi kita di ruangan berikutnya dalam tajuk kaedah pemasangan CCTV. Kali ini sis akan berkongsi maklumat mengenai kaedah pemasangan CCTV yang sis dan rakan sis pelajari semasa melawat tapak projek pada hari berikutnya menjalani latihan industri di Syarikat Xcell Management tersebut.
Spesifikasi bagi sistem CCTV untuk pemasangan CCTV di sekolah-sekolah adalah mencakupi seperti berikut:
i. 1 unit DVR (8-channel/ 1 BNC output/ 1 VGA output/ 1 network port) model.
ii. Hard Disk SATA.
iii. 8 biji kamera Dome.
iv. Monitor - boleh guna monitor komputer.
Projek pendawaian amali seterusnya adalah melibatkan pemasangan CCTV. Berikut merupakan perkara utama dalam pemasangan CCTV.
Pertamanya adalah, menentukan kabel yang sesuai. Dalam projek amali ini, kabel CCTV yang digunakan adalah kabel jenis coaxial RG59/6 series. Ini merupakan kabel standard yang sering digunakan utuk penyambungan antara kamera CCTV dan DVR. Manakala, penyambung yang digunakan adalah jenis BNC connector. Ia menyambungkan antara panel video pada DVR dan kamera jenis Dome.
Yang kedua adalah menentukan lokasi dan area pantauan CCTV. Lokasi pemasangan CCTV ditentukan berdasarkan jarak pandangan yang hendak dikawal samada jauh atau dekat dan apakah untuk keadaan gelap atau terang. Penetapan lokasi amat penting bagi mendapatkan titik fokus kawasan yang hendak di hendak dikawal samada jauh atau dekat dan apakah untuk keadaan gelap atau terang.
Seterusnya, yang ketiga adalah penetapan kedudukan kamera CCTV terutama untuk pemasangan CCTV di sekolah, perletakkan sudut kamera CCTV di bawah tempat berbumbung boleh melindungi kamera CCTV daripada terkena hujan, angin dan sebagainya. Selain itu, penempatan di bawah bumbung juga biasanya memberikan paparan yang lebih baik dan mudah untuk menarik kabel jaringan.
Dalam projek amali ini, kamera jenis Indoor dan Outdoor digunakan. Ia boleh menghasilkan gambar yang terang walaupun pada waktu malam atau dalam suasana yang gelap.
Seterusnya adalah proses menarik kabel, (Lay-out cable). Setelah menentukan titik pemasangan CCTV, berikutnya adalah mencari titik masuk untuk menarik kabel RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas siling atau laluan conduit dan sebagainya. Pada kebiasaannya pada ruang pejabat lebih praktikal menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ia nampak lebih kemas dan tersusun.
DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa secara berasingan. Oleh itu, kabel untuk bekalan kuasa kamera CCTV perlu disambungkan kepada punca bekalan yang terhampir dengan lokasi kamera tersebut.
Yang kelima adalah penempatan Monitor dan DVR. Monitor dan DVR adalah peralatan yang melengkapi sistem CCTV. Dengan menentukan tempat di mana monitor dan DVR akan diletakkan secara bersebelahan adalah merupakan satu langkah untuk memudahkan proses setting (biasanya pengguna akan merujuk kepada buku manual yang disediakan oleh pihak pembekal DVR). Untuk keselamatan ada baiknya set DVR diletakkan secara tersembunyi bagi mengelakkan penceroboh merosakkan atau mengambil set DVR.
Yang keenam adalah proses Lay-Out kabel dan setting. Setelah mendapatkan posisi perletakkan kamera CCTV dan lokasi penempatan monitor serta DVR, maka berikutnya adalah proses terakhir iaitu menarik kabel RG59 yang menghubungkan antara CCTV dengan monitor dan DVR. Maka lengkaplah proses pemasangan set CCTV di sekolah-sekolah. Setelah set CCTV selesai dipasangkan dan boleh disambung bekalan kuasa, maka proses untuk setting DVR merujuk kepada manual yang disertakan supaya dapat dilakukan.
Sambungan kabel kamera, monitor dan mouse untuk proses setting DVR |
Sambungan semua komponen yang telah lengkap di mana monitor memaparkan imej yang telah dirakam oleh kamera CCTV |
Mne sambungan?
ReplyDeletekeperluan cctv memang banyak
ReplyDeletetengok aircond service kl untuk quality explanation juga.