Hai..Assalamualaikum, sorry sebab sis xsempat nak update benda2 baru dalam blog nie. Hari ini Alhamdulillah di beri sedikit kelapangan, so dapat la sis update blog.Hari ni sis nak berkongsi tentang beberapa punca yang menyebabkan kamera cctv tak berfungsi dan tak mengeluarkan output pada monitor.
Keadaan ini boleh berlaku kerana :
Minggu lepas sis dan kawan sis berkesempatan untuk turun ke site untuk melihat dan mempelajari cara2 untuk membaiki cctv yang rosak.Sis akan kongsikan dengan korang semua apa yang sis belajar dan harap2 korang pun dapat tumpang blajar sekali...hehhehehe
Output pada skrin monitor mengeluarkan warna pelangi
Keadaan diatas boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara :
1. Kamera yang dipasang tidak mempunyai bekalan kuasa.
Kemungkinan adapter yang digunakan untuk menyalurkan bekalan kuasa ke pada kamera mengalami kerosakan, buat pengujian menggunakan tester.Jika adpter didapati rosak maka perlu di buat penukaran
2. Kabel bekalan kuasa terputus atau tiada sambungan
Pastikan kabel yang digunakan berada dalam keadaan baik dan penyambungan yang dibuat mestilah kemas.
Tiada gambar atau video pada skrin monitor
output pada monitor |
1. Kerosakan pada kabel penyambung kamera
Kemungkinan coxcial kabel yang digunakan terputus atau penyambungan yang dilakukan pada DVR longgar atau tercabut.Jika penyambungan dibuat dengan menggunakan kabel network perlu dipastikan kutub positif dan negatif adalah betul.
2. Kerosakan pada port DVR
Keroskan pada port DVR boleh dikenalpasti dengan menggunakan tester.Pengujian juga boleh dilakukan dengan mencuba penyambungan pada port berlainan jika output terhasil maka port tersebut telah rosak.
3. Kamera yang tidak sesuai
Jenis kamera juga memainkan peranan penting untuk memastikan output dapat dihasilkan.Beberapa jenis DVR tidak dapat memproses signal yang dihasilakan kamera.Resolusi kamera juga perlu betul untuk menghasilan output yang jelas.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya nk tnye...
ReplyDeletecctv hikvision ade password baru dipasang selepas 3 minggu password yang sama saya letak tidak boleh..
Assalamualaikum. Nk tnya knpa gambar d display kdng ada kdng hilang, x semua camera. Biasa hari hujan gambar terang.
ReplyDeletePTZ unable to turn to right or left when Click the arrow
ReplyDelete