Perbezaan antara Kamera CCTV dengan IP Kamera

Haiii....sis datang lagiii...sekarang sis akan berbincang mengenai tajuk perbezaan kamera CCTV dengan IP kamera...

Sekarang ini dipasaran banyak dijual product CCTV dan IP Camera, mungkin masih ramai yang belum tahu apa perbezaannya antara dua jenis kamera tersebut dan kegunaannya. Jika anda ingin membeli antara kamera CCTV dan IP kamera, yang mana menjadi pujaan hati anda?

Sekarang mari kita tengok perbezaan kamera CCTV dan IP kamera. Sistem CCTV sudah dikenali lama sejak tahun 1942 lagi. Dahulunya, penggunaan CCTV sangat jarang didapati kerana harganya yang mahal dan hanya segelintir individu sahaja yang mampu membelinya. Sangat berbeza dengan sekarang, yang mana ramai orang diluar sana yang mampu untuk membeli dan oleh didapati dipasaran dengan harga yang mampu milik.

CCTV singkatan dari Close Circuit Television, iaitu sebuah sistem yg terdiri dari kamera pengawasan yang disambungkan dengan alat perakam yang berfungsi untuk mengawasi sesuatu kawasan atau ruangan pada lokasi yang tertentu. Jadi, kamera CCTV merupakan sebahagian daripada sistem CCTV.

IP Camera atau ada dikenali sebagai Network Camera merupakan kamera yang digunakan dalam jaringan yang berasaskan TCP/IP (Internet Protocol).

Hmmm..masih belum jelas ya apa perbezaannya........ok sis akan listkan perbezaan antara dua jenis kamera ini secara umumnya.



1)IP Camera memiliki IP address secara embedded sehingga dapat berfungsi sebagai sebuah komputer dalam sebuah jaringan LAN, tetapi Camera CCTV tidak boleh berfungsi sedemikian.

2)Camera CCTV untuk sambungan kabeladalah dengan menggunakan kabel Coaxial, tetapi untuk IP Camera menggunakan penyambungan kabel yang menggunakan kabel UTP atau STP sahaja.

3)Camera CCTV dikenali sebagai kamera analog, tetapi IP Camera dikenali dengan istilah kamera digital.

4)Untuk alat perakam, Camera CCTV menggunakan alat perakam DVR (Digital Video Recording),  dan untuk IP Camera dengan menggunakan alat perakam NVR (Network Video Recording) untuk IP Camera alat perakam boleh digunakan dengan PC biasa, iaitu dengan cara meng install software untuk recording sahaja.

5)Secara teknologi, tentunya IP Camera lebih canggih berbanding Camera CCTV biasa, dan harganya juga jauh lebih mahal berbanding dengan kamera CCTV biasa. 

Senarai di atas merupakan perbezaan antara kamera CCTV dan IP kamera, Jadi semua dah faham perbezaan yang sis maksudkan di atas? sekarang berbalik kepada tujuan asal atau keperluan anda sama ada ingin membeli kamera CCTV ataupun IP kamera dan hendaklah bersesuaian dengan bdget yang anda inginkan....

Terdapat banyak lagi perbezaan antara Camera CCTV dan IP Camera, mudah-mudahan penjelasan singkat sis diatas sedikit sebanyak dapat memberikan pencerahan kepada anda semua....:)

Comments

  1. The best simple reconnaissance camera still can't compare to the most exceedingly bad IP camera with regards to the determination of the picture it catches. Best case scenario, a simple camera can deal with what might as well be called not as much as a large portion of a megapixel, https://www.completealarms.com.au/for-home/cctv-for-home/

    ReplyDelete
  2. we deal in security alarm system & cctv camera https://www.homealarmsystemsydney.com.au

    ReplyDelete
  3. Untuk ip cctv software apa yg bole dgunakan selain cms client

    ReplyDelete

Post a Comment