Komponen Utama CCTV

Haiiii.....Assalamualaikum semua, harini sis nk sambung update mengenai topik yang sis dan rakan sis pelajari semasa praktikal di syarikat Xcell Management tersebut. Seperti yang sis maklumkan bahawa komponen utama CCTV mempunyai 3 iaitu unit kamera, unit paparan dan unit penyimpanan. Sis akan terangkan dengan lebih detail lagi yerrr...

Rajah Unit Kamera


Unit kamera digunakan untuk menangkap gambar video, unit kamera merupakan kamera khas yang digunakan untuk sistem CCTV seperti rajah di sebelah. Kamera berfungsi sebagai alat perakam imej bergerak (video) dan menukarkannya kepada isyarat video komposit. Terdapat beberapa jenis kamera yang berbeza dari segi kualiti, penggunaan dan fungsi-fungsinya. Setiap kamera akan disambung ke Digital Video Recorder (DVR) secara langsung.





Rajah Monitor Komputer
Seterusnya merupakan unit paparan. Unit paparan digunkan untuk menayangkan video atau menayangkan video yang sudah dirakam. Ia terdiri daripada sebarang jenis televisyen atau komputer monitor seperti rajah di sebelah. Monitor digunakan untuk memaparkan imej yang dirakam oleh kamera secara langsung. Paparan imej pada monitor bergantung kepada bilangan port yang digunakan DVR. Monitor komputer adalah yang paling popular digunakan kerana harganya yang berpatutan dan mudah untuk dipasangkan.




Manakala yang ketiga merupakan unit penyimpanan. Unit penyimpanan atau storage untuk menyimpan data-data video yang sudah dirakam. DVR merupakan sistem yang digunakan oleh CCTV untuk merakam video dalam bentuk digital. Bagi menyimpan data atau maklumat yang dirakam, DVR hendaklah disertakan dengan hard disk dengan kapasiti yang besar sekurang-kurangnya 80Gb. Pada masa kini terdapat pelbagai lagi jenis sistem CCTV hasil daripada penyelidikan dan kemajuan berterusan. Antaranya seperti kepelbagaian DVR yang boleh disambungkan ke talian internet, sistem pemantauan berkomputer dan yang menjadi perhatian pada masa kini adalah IP camera. Sistem IP (Internet Protokol) menghantar isyarat video atau audio melalui jaringan tanpa wayar dengan menggunakan protokol TCP/IP. Yang menarik mengenai sistem ini adalah ianya boleh dipantau dimana sahaja melalui internet. Ia juga tidak memerlukan DVR.


Rajah Digital Video Recorder


Ok, cukup untuk ini saja dulu. seterusnya sis akan update lagi mengenai kaedah pemasangan CCTV, jenis kabel yang digunakan dan baaaanyakk lagi... jangan lupa terus ikuti perkembangan sis dan rakan sis dalam menjalani latihan industri di syarikat ini...Byeee...:)


Comments