Perkongsian pengetahuan yang menjana cetusan idealitstik yang kreatif dan inovatif

Assalamualaikum semua, sis perkenalkan diri sis dulu. Sis dan rakan sis merupakan salah seorang pelajar di UTHM, Johor. Kami mengambil jurusan pendidikan vokasional dalam bidang elektrik dan elektronik. So sekarang sis dah di tahun last kt sana dan sedang menjalani Latihan Industri di sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan CCTV. Sedikit perkongsian yang akan sis kongsikan bersama korang semua mengenai asas dan panduan bagi Closed Circuit Television atau lebih dikenali sebagai CCTV sepanjang menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat yang menyediakan alat keselamatan CCTV di Kota Bharu, Kelantan iaitu Xcell Management yang beralamat di 3819, Jalan Hamzah, 15010 Kota Bharu, Kelantan (xcellmanagements@gmail.com).

Pada hari pertama menjalani latihan industri di syarikat Xcell Management, sis dan rakan sis telah mempelajari tentang asas CCTV yang diterangkan oleh penyelia industri iaitu mengenai komponen CCTV yang mempunyai 3 komponen utama. Komponen tersebut merupakan:

i. Unit kamera
ii. Unit paparan
iii. Unit penyimpanan

Rajah Asas Pemasangan CCTV



Untuk pengetahuan semua, syarikat Xcell Management ini menyediakan perkhidmatan CCTV di sekolah-sekolah sekitar Machang dan Pasir Putih. Syarikat ini juga turut menyediakan perkhidmatan CCTV bagi kolej-kolej vokasional di Kelantan.

Penyelia industri telah membawa sis ke tapak projek di sebuah kolej vokasional Pasir Mas supaya lebih memahami cara-cara memasang dan mengendalikan CCTV tersebut. Sis kongsikan gambar sis dan rakan praktikal sis di bawah yang tengah baru nak belajar.




Sekali boss turun padang laa :)


Ok, setakat ini sahaja pada hari ini, sory sis ada kerja, nanti sis akan update lagi tawww..... Entri akan datang, sis akan kongsikan cerita mengenai cara-cara pemasangan CCTV. Ok lah, byeeeeee..... Tq sudi baca :)












Comments

  1. Golden Nugget Casino & Resort - Mapyro
    Golden Nugget Casino & Resort · 화성 출장안마 View customer 여수 출장마사지 reviews 춘천 출장샵 · More 창원 출장안마 Info. Hours, 용인 출장마사지 Accepts Credit Cards, Wi-Fi, PokéStop, PokéStop, PokéStop. Rating: 4.3 · ‎30 reviews · ‎Price range: $ (Based on Average Nightly Rates for a Standard Room from our Partners)

    ReplyDelete

Post a Comment