Assalamualaikum semua....harini bersua lagi kita dalam blog sis ni...ok sekarang sis nk menceritakan tentang centralize power dengan distribute power.
Ketika kita akan melakukan pemasangan cctv, ada dua pilihan design power yg harus kita tentukan terlebih dahulu. Apakah power untuk camera semuanya akan terpusat (Centralize Power) atau semua camera memiliki power masing-masing?
Dua pilihan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing juga memerlukan peranti yang berbeza.
Jika kita memilih untuk menggunakan konsep centralize power, maka peranti yang diperlukan adalah power supply yg arusnya adalah disesuaikan dengan jumlah camera yg akan dipasang, biasanya untuk 4 biji camera menggunakan powersupply 12V 5 A dan kalau menggunakan 8 biji camera adalah dengan menggunakan arus elektrik sebanyak 12V 10 A.
Coaxial Cable yang digunakan dengan menggunakan Coaxial Cable type Combo, iaitu jenis kabel coaxial yangg memiliki cable power DC yang bersambung didalamnya..
Pemasangan cctv dengan konsep centralize power ini cukup mudah dibandingkan dengan konsep distribute power, ini adalah kerana tidak perlulah bersusah-susah untuk mencari sumber elektrik untuk setiap camera.. tetapi kelemahannya pula adalah jika power supply ini rosak, maka semua kamera automatik tidak akan berfungsi....
Dari segi kos pula, kedua konsep ini hampir sama dan tidak jauh berbeza...Jadi, terserahlah kepada pengguna untuk menggunakan konsep yang mana...Semoga bermanfaat untuk perkongsian pada kali ini.....
Comments
Post a Comment