Kaedah Menyediakan Laporan Pemasangan CCTV


Hai Assalamualaikum semua, bertemu lagi kita dengan topik kali ini iaitu cara-cara atau format untuk menyediakan laporan pemasangan CCTV setelah proses pemasangan CCTV dijalankan. Sis dan rakan sis akan menceritakan serba sedikit tentang cara-cara ataupun kaedah untuk menyediakan laporan pemasangan CCTV setelah proses pemasangan siap dijalankan mengikut format yang disediakan dan selalu digunakan oleh syarikat Xcell Managements.

Setelah siap proses memasang CCTV ataupun proses menyelenggara masalah, laporan harus disediakan dan dihantar kepada HQ supaya setiap projek yang dilakukan dapat dicatat dengan teliti. Laporan harus disediakan mengikut kesesuaian piawaian permasalahan yang dihadapi serta cara dan langkah yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Berikut merupakan satu contoh format laporan yang biasa dilakukan selepas sesi menyelenggara CCTV seperti langkah dibawah.

1) Tarikh laporan
2) Nombor Laporan
3) Lokasi
4) Nyatakan permasalahan yang dihadapi beserta gambar
5) Nyatakan penyelesaian yang dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut
6) Nyatakan laporan disediakan oleh siapa
7) Disahkan oleh pihak yang terlibat

Format laporan adalah tertakluk kepada syarikat masing-masing.

Sehingga kita bertemu lagi di ruangan blog seterusnya nanti di mana sis dan rakan sis telah membuat pemasangan kabel untuk pemasangan CCTV di salah sebuah sekolah yang terlibat. Tungguuuu...

Comments