Info Mengenai Kereta

Assalamualaikum, hari ni sis nak update bnda lain ckit drpd yang yang sebelum nie.

Pada abang2 akak2 yang menggunakan kerata,hari ni sis nak berkongsi sedikit tentang masalah kerata yang susah nak start or yang xboleh nak start.Maslah ini sering terjadi pada kereta yang sudah lama tak di service atau kurang penjagaannya.

Bayangkan korang bagun pagi2 dengan semangat membara2 nak pergi kerja bila start kereta tiba2 kerata xnak hidup..ohhhhh STRESSSSS............ pagi2 lagi dah hilang mood...Hahahahaha..xpa banyakan bersabar dan beristighfar...ok sis nak berkongsi sedikit punca2 yang sering berlakau berdasarkan pengalaman yang sis lalui semenjak menggunakan kerta evo 10 Kancil turbo..hahhahaah.

Punca-Punca utama :

1.Bateri Rosak@ Habis(kering)

Pada kebiasannnya kalau kereta xleh nak start kemungkinan utama yang berlaku adalah disebabkan bateri kereta anda yang dah rosak or kehabisan tenaga(kering).So  kalau korang menggunakan bateri basah pastikan air bateri berada pada tahap yang ditetapkan n kalau korang menggunakan bateri kering korang boleh cek pada bateri samada masih ok ataupun tak kerana kebanyakan bateri sekarang mempunyai tanda.Kalau hijau maknanya bateri korang masih ok,tp bnda xsemestinya betul,so paling senang korang buang bateri n pergi cek di kedai.

Tanda yang menunujukan keadaan beteri masih ok atau pun tak

2. Starter

Ok,selepas korang cek bateri n bateri masih ok,sebab lain yang menyebabkan kereta korang xleh start mungkin berpunca daripada starter yang telah rosak.Kalau tanya pomen biasanya diorang suruh ketuk2 sedikit pada body starter.Starter yang telah rosak perlulah ditukar n jika belum rosak tp kereta susah nak hidup sedangkan bateri ok so baiklah korang pergi service starter ni.Kemungkinan korban yang terdapat di dalam starter dah habis.

Starter

3. Alternator

Alternator merupakan antara komponen prnting untuk sesebuah kereta kerana alternator berfungsi untuk menghasilkan cas tenaga elektrik untuk dibekalkan kepada beteri kereta dan kepada sistem elektrik yang lain.Alternator berfungsi dengan menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik proses ini berlaku ketika kereta di hidupkan dan bergerak.Ketika kereta bergerak cas elektrik akan dihasilkan.So kalau alternator korang rosak maka proses mengecas bateri tidak akan berlaku dan ini akan menyebabkan bateri akan kehabisan cas dan kereta tak xboleh dihudpakan.Sis ada tip cara2 nak membuat pemeriksaan pada alternator.

Firstly, korang hidupkan kereta dan biarkan selama 2@3 minit.Pastikan korang tak buka sebarang lampu,air cond or sebagainya yang berkaitan dengan penggunaan elektrik.

Selepas korang hidupkan kerata n dibiarkan 2@3 minit kemudian korang cabut kedua2 kepala bateri positf(+) dan nagetif(-) dan setelah 5minit perhatikan apa yang berlaku :

1. Jika kereta masih hidup dan semua peralatan berfungsi denagn baik sepeti lampu,power window itu tandanya alternator korang masih ok dan baik
2. Jika enjin@kerta tiba2 mati itu tandanya alternaotr korang hampir rosak dan bermasalah dan perlu ditkar.
Alternator


4. Relay

Ada sesetengah kereta, diorang menggunakan relay dan tidak menngunakan sambungan asal dimana bateri tidak di sambung secara terus kepada starter tetapi sebaliknya di sambungkan kepada relay terlebih dahulu.Cuba korang buang sambungan ke relay dan sambung secara terus daripada bateri kepada starter.Kalau kereta boleh dihidupkan itu tandanya relay korang telah rosak.


Minyak Habis

Hahahahahahahaha,sebelum korang nak marah2 n mencarut sebab kerta xhidup pastikan korang periksa dulu minyak kerata korang ada ke tak.pastikan minyak kerta ada..hahahahahahahaha.Kereta xhidup siap call pomen datang rumah,,,cakap mengadu kereta asyik rosak...tp puncanya minyak xde.hahahahhaha.tau la harga minyak mahal tp tukan satu keperluan....hahahahha..

Last sekali pesanan sis...sebaik-baiknya kalau korang menghadapi sebarang maslah berkaitan kereta rujuklah pada yang berkenanan dan pakar lagi senang sambil tolong menaikan ekonomi sesama kita..huhuhuhu..

ok cukuplah untuk stakat hari ini..sis harap penulisan sis ni dapat membantu serba sedikit korang yang ada maslah seperti yang di bincangkan td...ok...tinggalkan komen  ea..☺☺

Comments